MENYESAL KAHWIN..............
Ini cerita aku.. Aku (bukan nama sebenar) baru je kawin, ngan pilihan mak aku. Aku tak penah kenal pon dia (bukan nama sebenar gak). Tapi mak punye pasal kan, aku terpaksa follow je la. Arghh, nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak tido kol brape, nak bangun kol brape. Pastu kadang2 sampai tengah hari tido, sampai terlepas kuliah.. haha. Tade orang marah pon. Lecturer pon tak marah.
Tapi skarang, nak tido lewat sikit je ade orang sound. “Jom la bang tido…”. Pastu kalau tak bangun Subuh memang kena cubit peha la aku ni.
Kesian kena buli..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak makan kol brape, nak makan ape. Boleh makan best2, sebab beli kat kedai.. Tapi skarang, huhu..
Macam budak kecik je, kena ikut jadual makan! Dah la kadang2 dia masak masin la, pahit la.. Pastu kadang2 dia bagi aku makan sayor je bebanyak.
Tak makan kang kecik hati lak, pastu tulis kat status facebook dia.
Arghh,nyesal giler kawin..
Kalau dulu masa belom kawin, ikut suka aku je nak shopping bile, kat mane, nak beli ape.. Kira berbelanja tanpa waswas la. Tu yang shopping kejap je melayang 2 3 ratos skelip mata. Hohoho.. Tapi skarang, nak pegi shopping je, dia dah siap2 ngan list barang nak beli. Tade dalam list, tak leh amik!! Dah la berejam-jam pusing.. Leceh tol la orang pompuan nih. Muka dia takyah citer la, memang ceria je kalau masok shopping mall. Aku je yang muka tensen. Arghh, nyesal giler kawin…
Kalau dulu masa belom kawin, rambut aku ni macam2 pesen la bleh buat.. Ala Korea bleh, ala Carles Puyol (Kapten Barcelona) pon bleh buat, tade orang sound. Tapi skarang, panjang sket je kene sound.. panjang sket je kene sound.. Dia kata x hensem la, x kemas la.. Tak potong kang dia tanak ironkan baju aku lak. Haisshh.
Ade satu hari tu, masa makan kat JUSCO, ade la sorang awek comel melintas depan kitorang. Aku pon terpandang awek tu tanpa niat (ikutkan tak berdosa la kan?..) ADEH!! Terus kena cubit peha aku dari bawah meja. Cemburu buta lak bini aku (mentang-mentang la aku hensem..). Ape lagi, menjerit la aku kat situ.
Maunye tak kuat, satu foodcourt tengok kitorang, termasuk awek tadi..
Arghh first time kot rasa malu giler camtu. Rasanye muka aku lagi merah dari sos cili atas meja. Sakit wooo bini aku cubit. Huhu.. Kesian la kat bakal anak-anak kami nanti. Haha..
Tapi yang bestnya, skarang aku dah xyah basuh baju, iron baju sendiri..
Sume dah ready made. Hehe. Bab-bab iron baju ni memang aku x berapa sket.
Kalau dulu masa belom kawin, skali iron baju, sebulan aku pakai. Haha.
Malas basuh sebab tanak iron lagi! (Oppss kantoi..). Pastu baju2 bergelimpangan atas katil. Aku memang suka tido atas kain baju ni (padahal malas kemas). Skarang… hehehe.
Lagi yang best, time aku demam ke, x sihat ke, rasa diri ni cam dihargai je.. Yela, kira ade orang take care la. Totalcare!! Hehehe.. Kalau masa belom kawin dulu pepandai la bawak diri kalau demam. Huhu, sadis3..
Pastu kan, skarang kehidupan aku kira tersusun la.. Maklum la dah ade ‘PA’.. Kalau banding ngan dulu, hmm.. x produktif sangat la kehidupan aku.
Sekali-sekali dia kejut aku bangun solat malam, kadang-kadang dia tegur kalau aku lama tak baca Quran.. Hmm sejuk hatiku. Maklum le kita ni bukan malaikat, iman turun naik. Jadi kena ade yang tolong ingatkan. Ini la
pentingnya cari isteri yang solehah!
“Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana marah kalau abang tido lambat
Boleh la abang bangun awal-awal pagi
Then kita solat Subuh sama-sama..
Tapi kalu abang tak bangun gak,
ayang cubit je pehe abang
abang xkan murka..
Lagi abang sayang ade la..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana jaga makan minum abang
Tengok skarang abang da nak gemok da
Takde la kurus je macam mula2 kawin dulu..
Ke memang nak abang jadi gemuk ni?
Ayang takut orang lain berkenan kat abang ek?
Jangan bimbang atau ragu okeh,
Cintaku hanya eksklusif untukmu sayang..
Buat isteriku yang comel dan tercinta
Terima kasih kerana tolong iron baju abang
Sebab abang memang allergic sket bab iron2 baju
Jangan risau la nanti abang potong rambut..
Skarang abang dah tak selekeh macam dulu
Rambut da kemas, baju da kemas, senyum memanjang
Hidup terurus, amal pon terjaga, badan pon berisi juge”
Argghh, nyesal giler kawin LAMBAT!!!
♥ silalah share atau tag untuk manfaat bersama ♥
hidup bukan semuanya manis...pelbagai rasa dan perisa perlu di tempuh... bukan semuanye indah2 belake... semAkin banyAk cabaran datang bile makin meningkat dewase... macam lolipop...ade mcm2 perise.. ade yg kite xsuke..ade yg manis dan ade yg masam.. mcm tu ar hidop... masammanislolipop berkongsi cerite.. :)
Thursday, October 13, 2011
Friday, September 23, 2011
sweet as sweet's :)
1]
Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai
kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa
atau kekasih, dia tidak peduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu
tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima
kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun
mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu
tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan
kamu.
5]
Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘Selamat Pagi’,'Selamat
Hari Minggu’, ‘Selamat Tidur’, ‘Take Care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu
tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itulah dia menyatakan
cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza,bukan “aku CINTA padamu”, tapi
berselindung ayat selain kata cinta itu.
6]
Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu
adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau
mengirim SMS.
7]
Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui
bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya,
kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya.Dan saat itu, matanya
pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8]
Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan,
bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana
dia menyematkan kata-kata mu di hatinya,berapa banyak kata-kata penuh harapan
yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi
bukan orang yang mencintai kamu.
9]
Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu,
bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu
- kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi
akhirnya da berjaya.
10]
Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau
batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya
keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi
ujian, dia akan tanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan
suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa,
tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam
sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi
bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah
menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin
berada dekat dengan kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15]
Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan
nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk
kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah
dengar ‘jauh di mata, jauh di hati?’
16]
Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti
seorang kekasih.
17]
Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti
menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah
malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18]
Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal
yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu
membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu
maka ia akan dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!.
bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak
dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20].Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama
kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS
dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu
menjadi benda-benda berharga buatnya.
21]
Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya,
dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu
membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan
ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia
tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak
pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau
pinta dia berlalu,dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar
mengerti apa itu cinta.
Tuesday, February 15, 2011
cOkLat,LoLipOp,swEEt,cAndy....hahA...makE mE cRaYzy!!
LOVE THEM!!!!!!
HAHAHAHAHA
peminat coklat dan gule2 mmg cmni...
hahahaha
ehh..korang twu coklat ni bgos???boleh merangsang minda tau!
try la sblm blaja mkn coklat..mesti blaja bleh in punyelahhhh...!!
hahaha
tapi hati2..coklat boleh mengembangkan badan anda...
so kne aleart...
hahaha
lolipop??haha
sesuai ngn blog aku ni..
sbb aku xcte pasal aku je...pasal mcm2...
this blog not as private as my seacret...haahaa
so...kite enjoy!!!
hahahaha
Monday, February 14, 2011
sALam mAuLidurrAsuL :)
Assalammualaikum...
salam maulirrasul ye semua... :)
pada 15 february 2011 bersamaan 12 rabiullawal...
kelahiran junjungan mulia iaitu NABI MUHAMMAD S.A.W.
hadiahkan selawat ke atas baginda sebagai tanda mengingati baginda dan 'preasent' dari kite sbagai umatnye...
semoga rahmat melimpah ruah ke atas rohnye dan ke atas diri kite sendiri..
di harap kehadiran 12 rabiulawal ni membawa seribu satu kegembiraan keatas kite...
aminnn.. :)
Sunday, February 13, 2011
14february = vALentiEn dAy...
perlu ke disambut???
hai kawan2...valentien day just di smbut oleh golongan lain selain islam...tapi korang boleh classify kan sebagai hari persahabatan bagi korang...jadi semua orang puas hati...
tak perlu memburukkan yg lain...
buatlah hari ni 14feb sbgai hari persahabatan kamu yg paling di ingati... okeyh???
Subscribe to:
Posts (Atom)